Artikel

8.5 Juta Rakyat Akan Terima Sumbangan Tunai Rahmah, Sehingga RM650 – Mulai 29 Ogos Ini

Bermula 29 Ogos ini, sejumlah 8.5 juta rakyat negara akan menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi Fasa 3 dengan jumlah sehingga RM650 menigkutkategori kelayakan masing-masing.

Pengagihan tunai akan dilaksanakan secara berperingkat di mana lebih 8 juta akan menerima pada 29 Ogos sementara penerima baharu dan rayuan pula akan mula menerima bantuan tunai mulai 18 September kelak.

Menyedari akses ini memberi manfaat kepada rakyat negara dalam mengurus kemudahan tunai mereka, dijangka tahun ini jumlah penerima akan terus meningkat – berikutan penerapan pendekatan baharu dalam proses permohonan.

Susulan itu, sekiranya terdapat pihak yang ingin turut serta meraih manfaat STR boleh menyemak status kelayakan STR anda pada pautan Bantuan Tunai Hasil negara.