Artikel

2.72 Juta Rakyat Selangor Kini Melabur ASNB, Libat Langganan Lebih 72 Bilion Unit

Kini seramai 2.72 juta rakyat negeri Selangor daripada 7.4 juta populasinya telah merekodkan penyertaan pelaburan dalam unit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) – menjadi jumlah tertinggi di seluruh negara. 

Perkongsian Menteri Besar Amirrudin Shari pada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 ini jelas memberi gambaran ketersediaan lebih 30% penduduknya akan keperluan pemilikan aset demi kesejahteraan masa hadapan. 

Sebagai perincian jumlah pelabur tersebut adalah melibatkan nilai langgana amanah saham lebih 72.06 billion unit. 

Melihat pada perluasan manfaat seperti MSAM ini, Selangor optimis untuk terus meluaskan lagi agenda berkaitan pendidikan kewangan dan pelaburan bersama penduduk negeri secara berkala. 

Setakat ini, menerusi pelaksanaan MSAM – lebih 4.3 juta rakyat negara telah meraih manfaat acara sejak ia diperkenalkan tahun 2000. Menerusi penumpuan STEM, Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik pada anjuran kali ini – dijangka lebih banyak akses dapat diperluaskan seiring fokus pada pelaburan dan literasi kewangan.