Kesan pandemik COVID-19 bersama saranan memanfaatkan akses digital, kini dilihat syarikat melaksanakan diskusi operasi secara maya – ini termasuklah kalangan syarikat tersenarai awam (PLC).
Berdasarkan pengamatan Suruhanjaya Sekuriti (SC), masih terdapat banyak PLC iaitu syarikat papan utama dan pasaran ACE melaksanakan pengurusan mesyuarat agung tahunan (AGM) secara maya ketika ini.
Amalan tersebut sewajarnya dilaksanakan secara fizikal mahupun hibrid dan dikembalikan semula oleh kumpulan PLC. Ini kerana tindakan tersebut berupaya mendorong keyakinan yang lebih tinggi kepada pelabur.
Makluman SC pada Forum Masa Depan Perniagaan Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti 2024 ini adalah untuk memastika asas kepercayaan dalam pasaran modal dikekalkan PLC – bagi memastikan tarikan pelaburan terus jadi tumpuan dan ia dapat membantu ekosistem negara bersama pemain perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) negara.