Artikel

CTOS Kini Tawar 67,000 Laporan Percuma – Bolehkan Pengguna Semak Skor Kredit Sempena Merdeka

Bersempena meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia kali ke-67, CTOS – agensi pelaporan kredit di negara kini menawarkan 67,000 laporan MyCTOS Score percuma kepada pengguna kali pertama menerusi aplikasi bermula 15 Ogos lalu sehingga 20 September kelak.

Penawaran ini sekaligus meningkatkan lagi tahap kesedaran pengguna akan keperluan semakan status skor kredit.

Ini kerana dalam kalangan 17.1 juta rakyat negara yang bekerja, hanya lebih 4 juta sahaja telah menyemak laporan kredit mereka bersama CTOS. Dapatan itu sekaligus menunjukkan terdapat lebih 75% masih tidak berbuat demikian.

Maka selaras dengan tema Jiwa Merdeka, menerusi akses 67,000 tawaran laporan percuma ini CTOS ini meningkatkan kesedaran awam akan kepentingan mengetahui status kewangan semasa demi kesejahteraan tunai di masa hadapan.

Berikutan itu, untuk menebus akses tersebut pengguna boleh memuat turun aplikasi CTOS, mendaftar dan menggunakan kod promosi Merdeka67 bagi tindakan semakan skor kredit anda. Sebarang maklumat lanjut boleh layari pautan CTOS Credit untuk perincian seterusnya.