MSM Holdings atau Malayan Sugar Manufacturing, pengilang gula di negara kini berdepan kerugian sebelum cukai sekitar RM32 juta bagi suku kedua – susulan kos operasi yang lebih tinggi, diikuti keuntungan bukan operasi yang lebih rendah sebanyak RM14 juta.
Persekitaran semasa yang mencabar sekaligus telah memperlahankan pulangan keuntungan operasi. Antaranya kos pengeluaran meningkat 14%, diikuti kos pengangkutan 18% dan pertukaran asing 5% lebih tinggi.
Biarpun alami tekanan tersebut, MSM Malaysia kekal optimis mengekalkan sasaran keuntungan tahun ini dengan RM34 juta keuntungan sebelum cukai (PBT) bagi separuh pertama 2024.
Di mana perolehan lebih baik turut dijamin pada separuh kedua 2024 kelak.
Secara menyeluruh, prestasi suku kedua telah memaparkan peningkatan hasil kepada RM833 juta iaitu 12% lebih tinggi berbanding suku yang sama pada tahun lalu. Perolehan itu dicapai hasik faktor penggunaan (UF) yang lebih baik telah direkodkan sekitar 50% berbanding 48% pada tempooh sama tahun lalu.
Tidak hanya itu faktor kecekapan juga turut mendorong kumpulan meraih hasil yang baik apabila hasil kecekapan mencapai 95.6% pada rekod semasa meningkatkan daripada 94.9% sebelum ini.