Artikel

10 Hotel Baharu Akan Dibuka Di Pulau Pinang

Tidak lama lagi, Pulau Pinang akan memperlihatkan penambahan sejumlah 10 hotel baharu pada pembangunan negeri mereka. Aturan ini sekaligus dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih kondusif seiring dengan kenaikan kemasukan pelancong ke Pulau Pinang.

Jelas pentadbiran negeri pada acara MTT Hospitality bersama Pan Pacific Hotels Group (22 Ogos), pembangunan dalam beberapa tahun mendatang ini tidak akan menimbulkan isu lambakan lokasi penginapan berikutan selain pelancongan, Pulau Pinang turut menjadi tumpuan sebagai lokasi persidangan tempatan dan antarabangsa.

Secara menyeluruh untuk tahun 2023 sahaja, Pulau Pinang telah mencatatkan kemasukan hampir 7 juta pelancong ke negeri mereka. Melihat pada pertumbuhan rancak ini, agenda perluasan perkhidmatan seperti penginapan dilihat menjadi potensi yang baik untuk menarik kemasukan pelancong di masa hadapan.