Buat pengguna aplikasi Grab, kini dimaklumkan bermula 11 September kelak – GrabPay akan mengenakan caj 1% ke atas pengguna sekiranya menambah-nilai dompet digital dengan menggunakan kad kredit. Akan tetapi aturan caj tersebut dikecualikan ke atas kad kredit Maybank – Maybank Grab Mastercard Platinum Credit Card.
Jelas Grab pada notis baharu mereka, untuk mengelak daripada dikenakan caj sedemikian pengguna boleh menambah-nilai dengan menggunakan kad debit, transaksi pemindahan dana secara terus perbankan ataupun gunakan akses akaun GXBank untuk tindakan tersebut.
Menerusi makluman ini, diharap semua pengguna Grab mengambil perhatian dan laksana langkah persediaan akan sebarang pengenaan caj tambahan. Ini termasuklah mengemaskini tetapan pautan kad perbankan anda sekiranya ia kad kredit pada GrabPay Wallet.