Artikel

Pos Malaysia Rugi RM55.92 Juta – Kesan Penurunan Segmen Pos, Logistik

Kesan peningkatan persaingan kurier, Pos Malaysia kini berdepan kerugian bersih berjumlah RM55.92 Juta bagi suku kedua tahun ini. Jumlah tersebut untuk makluman adalah lebih tinggi berbanding kerugian tahun lalu. 

Kemerosotan ini turut diperlihat pada rekod hasil kumpulan kepada RM443.43 juta. Prestasi ini menurut Pos Malaysia didorong pendapatan lebih rendah dalam segmen pos dan logistik. Di mana bagi separuh kedua 2024, kerugian bersihnya naik kepada RM75.61 juta daripada RM54.67 juta kerugian bersih pada 2023 manakala hasilnya pula lebih rendah pada RM935.40 juta daripada RM947.47 juta.

Sebagai perincian, hasil segmen pos telah merosot sebanyak 10% disebabkan penurunan dalam jumlah mel pukal yang dikendalikan dan volum antarabangsa juga lebih rendah pada suku tersebut.

Disusuli segmen logistik turut memaparkan hasil yang lebih rendah pada RM67.2 juta berbanding RM79.9 juta pada suku kedua tahun kewangan 2023.

Biarpun berdepan cabaran sedemikian, Pos Malaysia kekal optimis akan pemacuan operasinya pada tempoh mendatang dan merancang meluaskan dan menambahbaik segmen perniagaan lain. Ini meliputi segmen runcit seperti Pos Shop, Pos Fulfil, Redly Express.