Artikel

Khidmat Kereta Api Bangkok-Pulau Pinang Akan Diperkenal Semula

Thailand dan Malaysia kini bersetuju untuk menyambung kembali perkhidmatan kereta api terus antara Bangkok, Padang Besar dan Butterworth-Pulau Pinang.

Di mana perkhidmatan tersebut akan melibatkan operasi dari Terminal Besar Bang Sue Bangkok ke Butterworth, Pulau Pinang.

Buat pengetahuan umum, sebelum ini khidmat tersebut pernah dijalankan namun telah dihentikan pada 2016 bagi laluan ke Pulau Pinang, tindakan tersebut berikutan tumpuan dilaksanakan ke atas Laluan ke Padang Besar sahaja. Maka adanya kembali akses ini ia sekaligus akan merancakkan lagi arena pelancongan kedua negara. 

Untuk fasa awal, pelaksanaan khidmat tersebut akan dimaklumkan akan dilaksana dalam tempoh 6 bulan percubaan dan dimaklumkan akan bermula sekitar Oktober-November 2024 ini.