Artikel

Cradle, VentureTECH Bekerjasama – Rapatkan Jurang Pendanaan Pada Ekosistem Startup Malaysia

Kemunculan pelbagai bakat baharu sewajarnya dimanfaatkan negara bagi merancakkan lagi arena ekonomi negara – memahami kepentingan itu, Cradle Fund bersama VentureTECH kini menerajui aturan tersebut dengan bekerjasama menyediakan akses pendanaan yang lebih luas kepada startup negara.

Langkah tersebut sekaligus merapatkan jurang pendanaan dalam ekosistem startup Malaysia.

Buat pengetahuan umum, inisiatif ini adalah sebahagian daripan pelan Fund Funnel di bawah pengendalian Kementerian Sains, Teknologi dan Inoviasi (MOSTI) – yang bertindak menangani cabaran kritikal pada ekosistem startup negara yang dilihat berdepan kekangan pembiayaan bagi menyokong perluasan jenama di peringkat lebih tinggi.

Jurang ini untuk makluman telah dikenalpasti pada pemerhatian Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021-2030 di pasaran negara.

Adanya kesepakatan dua pihak ini, MOSTI menjangkakan tahap kesalinghubungan startup bersama laluan pembiayaan dengan pelabur berpotensi akan lebih lancar. Sokongan tersebut secara langsung membantu negara merealisasikan matlamat miliki 5 startup berstatus unicorn menjelang 2025 kelak.