Artikel

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura Akan Dimuktamadkan – Akhir 2024 Ini 

Selaras dengan agenda negara untuk mengukuhkan arena ekonomi tempatan bersama negara luar – kini rundingan Perjanjian Zon Ekonomi Khas antara Johor dan Singapura (JS-SEZ) dijangka dapat dimuktamadkan menjelang akhir 2024 ini.

Sebagai perincian, butiran rundingan dimaklumkan akan diperhalusi pada akhir Ogos kelak dan seterusnya Jabatan Peguam Negara (AGC) akan menyedikan draf perjanjian pada September kelak.

Adanya zon khas tersebut ia berpotensi menyediakan peluang pertumbuhan yang signifikan kepada kedua negara dan berupaya meningkatkan kemasukan pelaburan ke atas kedua negara. Meliputi sektor teknologi, kewangan serta pembuatan.

Ketika ini difahamkan terdapat beberapa lokasi akan menjadi tumpuan zon ekonomi tersebut antaranya di Johor libatkan Kulai sebagai pusat logistik, ekonomi digital sementara Pengerang pula selaku hab tenaga, sekuriti makanan dan kesihatan.

Berdasarkan pembangunan itu, kemudahan RTS iaitu Sistem Transit Rapid antara Johor Bahru dan Singapura dijangka akan merancakkan lagi aktiviti ekonomi pengguna kedua negara. Di mana berpotensi operasi sekitar Januari 2026 kelak.