Bermula 1 April 2025 kelak, Singapura akan mewajibkan pemberian cuti paterniti kepada 4 minggu buat pekerja lelaki. Aturan itu bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pekerja di samping kebajikan mereka terus terjamin.
Setakat ini, cuti paterniti di Singapura ditetapkan sekitar 2 minggu dan hanya diberikan kepada kumpulan yang layak mengikut sukarela majikan mereka. Sementara pekerja wanita pula diberi cuti bersalin selama 16 minggu.
Selain pelaksanaan itu, Singapura turut akan laksana tambahan 10 minggu cuti perkongsian ibu bapa – yang turut akan dibiayai pentadbiran mereka.
Pada pertambahan itu, ia akan dikuat kuasakan dalam dua fasa iaitu 6 minggu cuti bagi fasa pertama buat bayi yang lahir pada atau selepas 1 April 2025 – diikuti fasa kedua dengan cuti 10 minggu bagi bayi Singapura yang lahir pada atau selepas 1 April 2026.
Menerusi penetapan baharu ini, ia sekaligus akan membantu meringankan bebanan peranan ibu ketika tempoh cuti bersalin dan turut mengurangkan tekanan pekerja berhubung tuntutan pekerjaa mereka.