Artikel

SC Kini Kuat Kuasa Garis Panduan Urus Risiko Teknologi – Pacu Entiti Pasaran Modal Negara

Suruhanjaya Sekuriti (SC) kini telah menguatkuasakan kembali Garis Panduan Pengurusan Risiko Teknologi SC yang sebelum ini alami proses semakan – setelah berperanan menggantikan Garis Panduan Pengurusan Risiko Siber (GMCR).

Menerusi penguatkuasaan garis panduan ini ia sekaligus mengukuhkan kebolehpercayaan operasi, keselamatan dan daya tahan berhubung isu gangguan teknologi. Malah panduan tersebut turut memperincikan fokus SC akan amalan pengurusan risiko yang diterima pakai oleh industri.

Seperti yang umum sedari, baru-baru terdapat isu yang memaparkan kelemahan infrastruktur digital iaitu insiden CrowdStrike – di mana ia telah memberi kesan ke atas pelbagai industri dan aktiviti ekonomi secara global. Ini secara langsung menekankan kepentingan panduan untuk perkukuhkan amalan daya tahan operasi pada semua entiti pasaran modal negara.

Antara input utama yang digariskan adalah melibatkan proses pengurusan perubahan, penyedia perkhidmatan pihak ketiga, keperluan pelaporan, audit teknologi, pengawasan lembaga dan akauntabiliti terhadap risiko teknologi.

Menerusi ketersediaan panduan ini, ia secara langsung memaparkan komitmen pentadbiran negara dan memastikan keyakinan pelabur terus terjamin pada ekosistem pasaran negara.