Artikel

PuTERA35 Kini Dilancarkan – Mahu Bumiputera Keluar Dari Status Kelas Menengah

Hari ini (19 Ogos) secara rasmi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) diperkenalkan pentadbiran negara – bagi memacu hala tuju pembangunan ekonomi libatkan Bumiputera negara.

Menerusi pelan ini, ia akan memberi tumpuan dengan mengukuhkan pasak ekonomi, menitikberatkan tatakelola serta seimbangkan keadilan sosial. 

Antara isu yang digariskan pada pelancaran sebentar tadi adalah kesukaran bumiputera dalam meningkatkan status mereka dari kelas menengah. Ini berikutan kebanyakan pemain ekonomi bumiputera terus tertumpu pada aktiviti ekonomi yang miliki nilai tambah rendah.

Rentetan memiliki keterbatasan modal serta sokongan pada peringkat awal khususnya kalangan  startup, menjadi antara faktor mengapa situasi ini terus memperlihatkan kebergantungan bumiputera pada geran dan pembiayaan kerajaan. Maka ia secara langsung terus mewujudkan jurang pendapatan antara etnik.

Ketika ini, hanya 7% daripada syarikat tersenarai awam sehingga tahun 2022 melibatkan bumiputera, dengan jumlah 62 syarikat daripada 945 syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia.

Susulan itu, bersama sokongan PuTERA35 pentadbiran optimis kekangan tersebut dapat diatasi bersama pelan strategik yang menyeluruh.

Usaha ini juga turut diperincikan tidak akan menepikan hak kaum lain sebaliknya akan meluaskan peluang masyarakat dalam aspek pembangunan sosioekonomi Malaysia.