Bagi mengalakkan lebih ramai pihak manfaatkan akses pelaburan bersama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), bersempena kemerdekaan kini anggota tentera negara boleh membuka akaun ASNB menggunakan kad MyTentera pada aplikasi myASNB.
Inisiatif kempen yang telah bermula pada 15 Ogos lalu dimaklumkan berlangsung sehingga 30 September 2024 kelak. Di mana pada akses itu, kumpulan pengguna terlibat berpeluang meraih ganjaran khas sekiranyamelabur sekurangnya RM100 dalam unit Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) ataupun Amanah Saham Malaysia (ASM 3) sepanjang tempoh kempen tersebut.
Sebagai perincian bagi 5,000 peserta terawal dimaklumkan akan layak menerima RM10 dalam bentuk unit pada akaun mereka.
Adanya aturan ini ia tidak sekadar membuka akses simpanan kepada pengguna tetapi turut membantu semua pihak memahami akan kepentingan pengurusan pelaburan wang yang baik bagi meningkatkan kuasa tunai di masa hadapan.