Julai 2024 memperlihatkan pergerakan penumpang udara meningkat 7.3% kepada 12.4 juta orang, menjadikan ia rekod tertinggi bulanan dicatatkan negara selepas fasa pandemik.
Menurut perkongsian Malaysia Airports Group, rekod itu sebahagian besarnya didorong lapangan terbang tempatan yang merekodkan 8.5 juta pergerakan penumpang – di mana 4.5 juta penumpang antarabangsa dan 4 juta pula penumpang domestik.
Pada catatan itu secara jelas pergerakan penumpang antarabangsa meningkat 11% secara bulanan dengan sokongan dari pasaran Indonesia, China dan Singapura sementara aliran domestik pula menambah 5% secara bulanan.
MAG optimis prestasi tersebut akan terus dipacu negara pada tempoh mendatang berikutan sokongan pengenalan laluan baharu, kekerapan penerbangan lebih tinggi dan tempoh percutiaan akan musim perayaan tertentu. Faktor sedemikian secara terus akan memberi persediaan kepada negara menjelang Tahun Melawat Malaysia yang akan dilaksanakan pada 2026.