Artikel

Hampir 80% Indeks Bursa Malaysia Patuh Syariah

Setakat akhir Jun lalu, didapati 79.4% daripada 1,049 kaunter tersenarai di Bursa Malaysia kini adalah patuh syariah. Dengan permodalan pasaran sekuriti patuh syariah kini telah meningkat 19.7% secara tahunan kepada RM1.3 trilion membentuk 65.2% daripada jumlah nilai pasaran di negara.

Menurut Bursa prestasi itu secara langsung turut mencerminkan keyakinan pelabur kian meningkat pada syarikat yang mengutamakan amalan mampan dan pelaburan patuh syariah. Sebagai perincian, dinamik ini dapat diperlihat pada purata nilai dagangan harian (ADV) bagi sekuriti patuh syariah yang melonjak 50.9% secara tahunan kepada RM2.1 bilion.

Lebih menarik sepanjang 7 bulan ini, prestasi pelaburan syariah libatkan Indeks Syariah FTSE4Good dan Indeks Syariah EMAS FTSE dilihat terus mengatasi indeks bukan Syariah.

Berlandaskan pemerhatian menyeluruh, sehingga akhir 2023 – aset kewangan Islam Malaysia telah membentuk nilai RM3.8 trilion secara langsung meletakkan negara dalam kalangan senarai teratas.

Selain pencapaian itu, pada Pasaran Modal Islam menurut Suruhanjaya Sekuriti telah merekodkan jumlah RM2.4 trilion bagi 2023 – ia mewakili 64% daripada jumlah pasaran modal negara. Menerusi usaha berterusan, ini akan meningkatkan lagi segmen patuh syariah negara pada akhir tahun ini.