Indonesia kini menampilkan reka bentuk pasport baharu bersama warna tema baharu melibatkan merah dan putih – bagi menggantikan warna hijau kebiruan yang telah digunakan sejak tahun 2014.
Pengenalan reka bentuk baharu itu untuk makluman seiring dengan sambutan kemerdekaan yang dicapai pada 17 Ogos lalu. Di mana ia turut meningkatkan ciri keselamatan melibatkan material pasport yang lebih tahan panas, diikuti ciri pencegahan pemalsuan dan pengubahan data.
Selain itu, rekaan pasport baharu itu juga menerapkan lebih banyak unsur budaya mereka dengan penggunaan halaman pasport bercorakan fabrik tradisional.
Malah aturan kemas kini pasport sedemikian turut dimaklumkan memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan di bawah Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.