Artikel

SSM Lancar SSM Search, SAFEDATA – Perluas Akses Maklumat Entiti Perniagaan Di Malaysia

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini meluaskan lagi medium maklumat entiti perniagaan dengan melancarkan dua platform baharu iaitu SSM Search dan SAFEDATA-SSM.

Menerusi pengenalan tersebut, ia secara langsung menjadikan SSM miliki 4 platform untuk membekalkan info entiti-entiti perniagaan, meluaskan capaian dan kemudahan antara pemain ekonomi dan pihak awam. Selanjutnya akses ini turut meningkatkan urusan transaksi SSM.

Bersama dua platform terdahulu MyDATA-SSM dan Portal SSM e-Info dimaklumkan telah merekodkan sebanyak 26.4 juta transaksi. Maka menerusi pengenalan medium baharu itu ia berupaya meningkat 5% aliran transaksi kepada 27.72 juta.

Menerusi kemudahan pembayaran ini akan merancakkan lagi kemudahan urusan bersama perniagaan negara. Tidak hanya itu, medium tersebut turut memudahkan pengguna untuk meninjau profil perniagaan bersama maklumat kewangan dan salinan sijil pendaftaran.

Setakat ini, sebanyak 1.56 juta syarikat telah diperbadankan dan 9.32 juta perniagaan bersama 39,783 perkongsian liabiliti terhad (PLT) telah didaftarkan di bawah SSM sehingga 31 Julai lalu.

Berlandaskan jumlah tersebut, sebanyak 677,351 syarikat, 1.65 juta perniagaan dan 35,821 PLT dikategorikan kekal aktif beroperasi.