Artikel

Inflasi Dijangka Meningkat Pada Separuh Kedua 2024 – Bank Negara Malaysia

Inflasi keseluruhan dan inflasi teras secara puratanya kini telah memaparkan peningkatan pada suku kedua kepada 1.9%. Peningkatan ini menurut Bank Negara Malaysia (BNM) sebahagian besarnya didorong kesan inflasi perumahan dan utiliti yaang lebih tinggi pada 3.1%.

Disusuli Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mencatatkan kenaikan harga bulanan adalah lebih tinggi pada 49.4% bagi suku kedua. Di mana sebahagiannya mencerminkan pelarasan harga semasa musim perayaan serta kesan pengenalan beberapa dasar kerajaan pada tempoh tersebut.

Melihat pada momentum ini untuk 6 bulan pertama paras inflasi dicatatkan pada 1.8% dan berpotensi untuk meningkat sedikit pada separuh kedua 2024 – terutamanya kesan rasionalisasi subsidi.

Biarpun kesan rasionalisasi ini akan kekal terurus berikutan usaha kerajaan untuk meminimumkan tekanan kos kepada perniagaan namun risiko inflasi kekal tinggi susulan bergantung akan pengurusan kerajaan negeri berhubung kawalan subsidi tersebut.

Tidak hanya risiko inflasi turut bergantung kepada pelarasan harga komoditi global dan perkembangan pasaran kewangan semasa. Sebarang perubahan dinamik ini ia dapat diperlihat kesannya pada kos pasaran tempatan.

Secara menyeluruh inflasi keseluruhan dan teras kekal ditetapkan sekitar 2.0% sehingga 3.5% sementara pertumbuhan ekonomi ketika ini masih kukuh dengan peningkatan sebanyak 5.9% pada suku kedua 2024.