Selaku negara yang sedang pesat membangun ternyata tahap kesedaran akan kepentingan penulisan wasiat masih lagi rendah dalam kalangan rakyat negara. Setakat ini sahaja didapati hanya 5% sahaja rakyat negara miliki wasiat. Tinjauan Amanah Raya ini dilihat lebih rendah berbanding negara yang berstatus sedemikian.
Menyedari keperluan itu, kini aplikasi My AmanahRaya telah dilancarkan bagi memudahkan masyarakat negara untuk melaksanakan penulisan wasiat dalam pengurusan aset.
Pada akses itu, setiap permohonan wasiat akan disediakan panduan ejen bertauliah pada pengurusan aset daripada proses awal sehingga akhir.
Secara menyeluruh AmanahRaya telah medaftarkan sejumlah 1.1 juta wasiat di negara, di samping mengurus dan mentadbir lebih 14,000 fail harta pusaka bernilai RM1.7 bilion bersama 38,000 fail amanah bernilai RM1.3 bilion.