Artikel

99 Speed Mart Lancar IPO Terbesar Di Malaysia Sejak 2017 – Jangka Kumpul Sehingga RM2.3 Bilion 

99 Speed Mart Retail Holdings, antara penyedia runcit terbesar di negara kini  laksana tawaran awam permulaan (IPO) terbesar di Bursa Malaysia sejak 2017. Pada aturan itu kumpulan dijangka mengumpul sehingga RM2.3 bilion untuk penyenaraian ini.

Mengikut prospektus rasmi, IPO tersebut akan ditetapkan pada harga RM1.65 sesaham dengan syarikat telah mula menerima tempahan daripada pelabur runcit dan institusi.

Jika aturan pengumpulan dana berjaya direalisasikan, ia menjadi antara aturan IPO tertinggi yang pernah dilaksanakan selepas Lotte Chemical Titan Holding dengan pengumpulan RM3.77 bilion pada Julai 2017 lalu.

Menerusi hasil IPO tersebut, dijangka 99 Speedmart akan memanfaatkan ia untuk perkembangan operasi di pasaran negara serta meluaskan pusat pengedaran mereka dalam sektor ekonomi negara.

Setakat ini sahaja terdapat lebih 2,600 cawangan di Malaysia dan bercadang meningkatkan bilangan operasi tersebut kepada 3,000 cawangan menjelang akhir 2025.

Prospektus merujuk kepada kenyataan rasmi untuk perhatian umum yang memberikan butiran tentang tawaran saham