Artikel

UOB Malaysia Mahu Perluas Segmen Perbankan Runcit – Antaranya Pada Ekonomi Digital

Sepanjang tahun ini, UOB memaparkan peningkatan yang berterusan pada segmen perbankan runcit dan borong apabila pertumbuhan segmen tersebut memaparkan kenaikan konsisten dalam akaun simpanan (CASA) pada setiap bulan.

Perkembangan ini menurut UOB pada sidang Hari Korporat 2024 ia telah disokong hasil platform digital yang memudahkan akses pengguna – di mana terdapat pertambahan 55% pelanggan runcit baharu direkodkan.

Prestasi tersebut secara langsung telah menyumbang secara positif kepada kedudukan kewangan perbankan.

Berdasarkan pertumbuhan itu, UOB terus optimis untuk perluaskan segmen perbankan runcit mereka dan akan memanfaatkan antaranya sektor pertumbuhan utama seperti pembuatan bernilai tambah tinggi, tenaga boleh baharu dan ekonomi digital.

Sektor sedemikian berpotensi menjadi pemacu dalam membantu negara merealisasikan matlamat berpendapatan tinggi menjelang 2030 dan melonjakkan aktiviti ekonomi di pasaran serantau.