Artikel

RapidKL: Semua Khidmat LRT, MRT, Monorel & Laluan Bas Terpilih Akan Beroperasi 24 Jam – Pada 30 & 31 Ogos Ini

Selari dengan kemeriahan menyambut bulan kemerdekaan pada Ogos ini – RapidKL memaklumkan semua perkhidmatan rel meliputi LRT, MRT dan Monorel serta BRT Laluan Sunway dan laluan bas terpilih akan beroperasi selama 24 jam pada malam 30 Ogos 2024.

Menerusi aturan, semua servis rel akan beroperasi bermula jam 6.00 pagi pada 30 Ogos sehingga 11.30 malam pada 31 Ogos 2024.

Pada tindakan itu terdapat sehingga 60 bas perantara percuma dari Stesen MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya disediakan bermula jam 6 petang, 30 Ogos sehingga 3 petang pada 31 Ogos ini. Tidak hanya itu sebanyak 9 buah bas turut disediakan dari MRT Putrajaya Sentral untuk ke lokasi menarik seperti Taman Botani, Marina Putrajaya, Alamanda dan Pusat Konvokesyen Antrabangsa Putrajaya.

Maka adanya akses sedemikian, ia membuka peluang kepada warga kota menyaksikan sambutan ambang kemerdekaan dibeberapa lokasi seperti Kuala Lumpur dan Dataran Putrajaya. Diharap dengan akses 24 jam ini ia akan meluaskan lagi pengalaman para penduduk negara bersama pengangkutan awam negara.