Artikel

MyJPJ Kutip Lebih RM28 Juta Transaksi Dalam Tempoh Sebulan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini memperlihatkan dinamik kutipan transaksi yang konsisten apabila setakat Julai berjaya merekodkan lebih RM28 juta kutipan – ia didsokong hasil pengenalan kaedah pembayaran FPX.

Jumlah ini secara langsung mengikut laporan turut mengatasi kutipan yang direkodkan menerusi portal MySikap, iaitu lebih RM3 juta dalam tempoh yang sama.

Malah jumlah pengguna juga memaparkan peningkatan apabila ketika ini lebih 12.7 juta pengguna telah memuat turun aplikasi MyJPJ sejak ia diperkenalkan pada Februari 2023 lalu.

Prestasi ini turut didorong hasil peningkatan pengguna yang kini memaparkan lebih 12.7 juta pengguna memuat turun aplikasi MyJPJ sejak diperkenalkan pada Februari 2023. Menerusi lonjakan itu, lebih ramai pengguna kini terdedah akan manfaat disebalik pembayaran secara nirtunai. 

Adanya kesedaran sedemikian ia sekaligus akan memudahkan urusan mereka secara digital dan mengurangkan bilangan pengguna pada urusan di kaunter atau pejabat Pos untuk memperbaharui lesen memandu (LMM) dan lesen kenderaan motor (LKM).