Artikel

Malaysia Pajak Keretapi Penumpang Dari China Pada Nilai RM10.7 Bilion – Selama 30 Tahun

Seiring dengan usaha meningkatkan kualiti pengangkutan awam negara, Malaysia kini telah memeterai perjanjian pajakan RM10.7 bilion bersama China bagi memperolehi tambahan 62 tren penumpang pada akses Keretapi Tanah Melayu (KTMB).

Tindakan itu akan memperlihatkan nilai tersebut akan dilunas secara ansuran dalam tempoh 30 tahun.

Buat pengetahuan umum, ketika ini hampir 90% daripada 68 tren penumpang yang dikendalikan KTMB adalah keluaran China Railway & Rolling Stock Corporations (CRRC). Maka menerusi perluasan pajakan tersebut ia akan memacu lagi kekuatan dan ketersediaan khidmat pengangkutan awam negara.

Ini kerana meskipun telah laksana pelbagai pelaburan libatkan bilion ringgit, tahap penggunaan pengangkutan awam di negara masih di paras 30%. Adanya inisiatif tambahan itu, ia akan meningkatkan lagi tahap penggunaan kalangan penduduk Malaysia.

Secara menyeluruh kos sebenar kerjasama tersebut akan dimuktamadkan kelak setelah sesi rundingan dicapai bersama kerajaan China dalam masa terdekat.