Bank Negara Malaysia (BNM) pada akhir Julai 2024 lalu memaklumkan telah mendenda Maybank berikutan melanggar piawaian Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA).
Ketidakpatuhan ini didasari akan kelancaran sistem perbankan yang melibatkan aplikasi Regional Mobile Bank Platform (RMBP) dan MAE Maybank yang mengalami beberapa kali masa terhenti tidak dirancang dalam tempoh 1 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024 – yang mana mengakibatkan berlakunya gangguan berpanjangan terhadap beberapa antara muka (interface) perkhidmatan perbankan antara pelanggan dan pihak berkaitan.
Di mana tempoh gangguan tersebut turut didapati melebihi paras ambang yang ditetapkan BNM pada Dokumen Dasar Pengurusan Risiko dalam Teknologi (RMiT) – iaitu lebihi 120 minit bagi setiap kejadian.
Maka disebabkan isu tersebut, Maybank telah dikenakan denda sebanyak RM4,320,000 bagi Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) dan dimaklumkan telahpun dilunaskan pada 8 Ogos lalu.
Selain Maybank, CIMB turut berdepan penalti yang sama dengan jumlah RM760,000 pada 29 Julai lalu berikutan isu gangguan perkhidmatan pada 8 dan 9 April 2024.