Artikel

40% Penduduk Malaysia Disasar Guna Akses Pengangkutan Awam – Menjelang 2030

Kesan isu kepadatan kereta api dan ketersediaan bas yang masih di tahap rendah ketika ini – ia secara langsung telah menyebabkan berlakunya kadar pemilikan kereta yang tinggi di negara dengan 36.6 juta kenderaan telah berdaftar, menjadi lebih banyak berbanding individu di negara.

Namun kerajaan optimis situasi itu dapat di atasi dengan menjangkakan 40% penggunaan pengangkutan awam dapat dicapai dalam tempoh 6 tahun lagi.

Usaha tersebut kini diteliti Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama sokongan Kementerian Ekonomi dengan memberi penekanan khusus kepada permasalahan yang berlaku di Lembah Klang.

Jelas kedua pihak, ketika ini di Lembah Klang hanya terdapat 0.21 as yang beroperasi bagi setiap 1,000 orang. Di mana perkhidmatan tersebut tersedia di 323 laluan namun hanya 9% laluan berupaya laksana kekerapan setiap 1-15 minit, 63% pula beroperasi setiap 16-30 minit dan 28% lagi beroperasi melebihi setiap 30 minit.

Antara penekanan yang telah dilampirkan untuk mengatasi isu ini adalah meluaskan liputan operasi pengangkutan, perkenal lorong khas, serta menaik taraf hentian. Menerusi aturan tersebut ia secara langsung akan meningkatkan kecekapan pengangkutan negara dan mengurangkan kesesakan serta melonjakkan kualiti kelestarian semasa.