Artikel

MR DIY Rancang Buka 10 Cawangan KKV – Menjelang Akhir 2024 Ini 

MR DIY, perniagaan runcit berteraskan keperluan kediaman ini merancang untuk perluaskan lagi rangkaian di bawah pengendalian mereka – antaranya membuka 10 lagi cawangan KKV menjelang akhir tahun ini.

Perkembangan tersebut antaranya akan melibatkan lokasi baharu di Melaka dan Johor.

Buat pengetahuan umum MR DIY kini memaklumkan telah mengatur pelaburan strategik dalam rantaian runcit KKVdi Malaysia sekitar RM9.6 juta untuk 49% kepentingan dalam operasi KKV di negara pada Mei lalu – yang disasar melonjakkan lagi pertumbuhan pendapatan masa hadapan kumpulan bersama pengembangan tawaran peruncitan mereka di pasaran.

Adanya perluasan KKV di pasaran negara ia bertujuan memenuhi dan mempelbagaikan lagi pilihan keperluan buat pengguna tempatan. Selain produk asas kediaman, KKV turut menawarkan pelbagai rantaian produk seperti permainan, alat tulis, makanan, pakaian serta kecantikan.

Menurut notis Maybank Investment Bank, difahamkan jumlah jualan KKB adalah lebih tinggi berbanding jualan MR DIY. Maka menerusi prestasi tersebut, ia akan mengukuhkan kedudukan operasi dalam rangkaian peruncitan negara.

Secara menyeluruh MR DIY untuk suku kedua ini telah berjaya meraih untung bersih sekitar RM155.21 juta dan tempoh tersebut juga sebanyak 42 cawangan baharu telah dibuka, menjadikan kini mereka memiliki 1,340 cawangan beroperasi di seluruh negara.