Artikel

KWSP: Jumlah Pencarum Kini 16 Juta Orang, Catat RM36.70 Bilion Pendapatan Boleh Agih Bagi 6 Bulan Pertama 2024

Prestasi medium dana persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memperlihatkan lonjakan apabila mencatat jumlah pendapatan boleh agih sebanyak RM36.70 bilion bagi 6 bulan pertama 2024 – di mana ia melonjak 29% berbanding RM28.40 bilion rekod yang dicatatkan pada tahun 2023.

Keputusan yang membrangsangkan ini menurut KWSP didorong pasaran yang menggalakkan di Malaysia dan global. Setakat ini negara telah meraih manfaat berikuta peningkatan sentimen pelabur terhadap dasar Malaysia yang berorientasikan pertumbuhan dan pembaharuan fiskal. Sementara pasaran global seperti Amerika Syarikat (AS) pula mendapat faedah kesah daripada persekitaran makroekonomi yang kukuh, penurunan inflasi dan jangkaan kitaran kadar faedah yang lebih rendah.

Tidak hanya itu, kedudukan aset di bawah pengurusan (AUM) yang turut meningkat kepada RM1.21 trilion juga membantu KWSP mengukuhkan lagi prestasi operasi.

Biarpun begitu, KWSP kekal memantau persekitaran semasa berikutan terdapat kejutan risiko penjualan dalam pasaran global baru-baru ini. Selaku pihak bertindak pelabur jangka panjang, KWSP optimis kekalkan strateginya membina portfolio yang pelbagai didorong oleh alokasi aset strategik (SAA).

Selain prestasi pelaburan, KWSP pada separuh pertama 2024 juga memperlihatkan peningkatan pencarum baharu dengan menyaksikan 235,032 pendaftaran ahli baharu – menjadikan jumlah keahlian KWSP kini kepada 16.0 juta orang.

Berdasarkan angka itu, sejumlah 8.6 juta pencarum kini diklasifikasikan ahli aktif yang mewakili 50% daripada 17.15 juta tenaga buruh di Malaysia.