Artikel

Sabah Kini Sifar Miskin Tegar

Setelah Pahang, Sabah kini berjaya merealisasikan matlamat negara dengan mencapai sifar miskin tegar sejak akhir Julai lalu.

Sasaran itu menurut pentadbiran negeri adalah hasil komitmen semua pihak di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (2021-2025). Malah penglibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam menyokong matlamat dilihat turut meningkatkan lagi usaha pentadbiran.

Buat pengetahuan lalu, pada awal Julai lalu terdapat 38% atau 6,937 isi rumah di Sabah diklasifikasikan sebagai miskin tegar dan paras purata pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan di Sabah juga adalah lebih tinggi iaitu RM1,218 berbanding kadar nasional sekitar RM1,198.

Adanya perkembangan penamatan miskin tegar ini, ia sekaligus mencerminkan pelbagai usaha program ekonomi telah dilaksanakan dan berupaya mengurangkan jurang kemiskinan di daerah negeri terlibat.