Artikel

Lebih 3,000 Undang-Undang Lapuk Akan Diteliti Semula 

Bagi memastikan persekitaran negara terus dijamin dengan perundangan yang kukuh seiring keperluan semasa – terdapat cadangan untuk mengkaji semula lebih 3,000 undang-undang negara yang disemak tidak lagi relevan akan situasi semasa.

Aturan itu menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) akan diketengahkan kepada perbincangan kabinet yang dijangka berlangsung pada minggu hadapan.

Di mana kesemua akta lama tersebut akan disenaraikan dan dilaksana penilaian menerusi Kabinet merentasi pelbagai agensi, kerajaan pusat, negeri dan tempatan sebelum mencapai keputusan muktamad akan tindakan lanjut.

Melihat pada tindakan kajian itu, difahamkan peranan penelitian ini tidak sekadar melibatkan Jabatan Peguam Negara sahaja bahkan turut akan menyertakan penglibatan badan kehakiman dan fakulti undang-undang di universiti tempatan.

Buat pengetahuan umum, sebahagian besar undang-undang lapuk ini telahpuh digubal sebelum era kemerdekaan pada 1940-an lagi – ada diantaranya diteliti tidak lagi boleh digunakan pada perundangan semasa. Malah pentadbiran turut memaklumkan sebarang penggubalan undang-undang baharu ia akan melalui proses tinjauan awam seperti bancian untuk melihat maklum balas orang awam akan perundangan tersebut.

Tindakan ini akan memaparkan tahap pemahaman awal orang awam akan pelaksanaan undang-undang berkaitan dan membantu pentadbiran menambahbaik fungsinya demi kesejahteraan negara.