Ternyata hampir 41 juta saman trafik libatkan anggaran bernilai RM4 bilion yang dicatatkan sejak 1990 sehingga Jun 2024 – didapati masih tertunggak dan tidak dilunaskan oleh pesalah lalu lintas di Malaysia.
Perkongsian data mengikut laporan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ini jelas mencerminkan tahap kesedaran pemandu dan penunggang kenderaan di jalan raya Malaysia masih lagi rendah sejak tahun 90-an. Tidak hanya warganegara, bahkan jumlah saman trafik ke atas warga asing juga turut meningkat.
Di mana daripada rekod itu, sekitar 51,128 saman trafik dengan anggaran RM5.1 juta adalah melibatkan kesalahan trafik kalangan warga asing dari negara jiran iaitu Singapura, Brunei dan Thailand. Dan pada jumlah itu warga Singapura menjadi kumpulan warga asing tertinggi miliki tunggakan saman dengan 35,011 saman libatkan nilai RM3.5 juta.
Buat pengetahuan umum, antara kesalahan utama trafik yang sering dilaksanakan pengguna adalah seperti melanggar lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, menggunakan peranti pintar ketika memandu, memandu lebihi had laju, memotong di garisan berkembar dan memotong barisan.
Melihat pada jumlah tunggakan besar ini, pihak berkuasa menyarankan kumpulan individu terlibat untuk tampil melunaskan tunggakan saman mereka bagi mengelakkan daripada senarai hitam dan berdepan tindakan undang-undang lain. Maka untuk tindakan pembayaran selain secara fizikal, kumpulan pesalah boleh turut membayar secara nirtunai menerusi MyBayar