Sepertimana kumpulan dewasa yang lain, golongan muda Generasi Z yang lahir antara tahun 1995 sehingga 2010 kini dilihat sedang alami peralihan tingkahlaku apabila cenderung untuk membeli rumah berbanding menyewa.
Data Juwai IQI ini memperincikan dinamik peralihan itu adalah neutral, di mana kebiasaan untuk generasi baharu yang telah bekerja untuk bermula dengan pilihan menyewa dan selanjutnya beralih kepada langkah pembelian. Buat pengetahuan, data 2019 menunjukkan sekitar 3% sahaja Gen Z menyumbang kepada tindakan membeli rumah di pasaran – susulan ketika itu usia kalangan 24 tahun, yang menjelaskan lebih ramai memilih untuk menyewa.
Peratusan pembelian itu bagaimanapun mula mengalami peningkatan apabila data suku kedua 2022 pula telah melonjak kepada 26% dalam pasaran perumahan negara.
Biarpun Gen Z dilihat lebih cenderung untuk membeli unit rumah sendiri tetapi sumbangan majoriti di pasaran kekal dipelopori Generasi Y sebanyak 50% dalam pasaran pembelian rumah di Malaysia.
Namun Juwai IQI melihat, golongan muda memiliki potensi untuk meningkatkan sumbangan mereka sehingga 60% dengan menjadikan pasaran ini sebagai saluran pelaburan hartanah mereka. Ini kerana Gen Z mewakili satu perempat daripada penduduk negara, adanya pemerkasaan tersebut ia tidak memberi pulangan lebih tinggi dalam pendapatan bahkan berupaya memacu aktiviti ekonomi Malaysia.