Malaysia terus komited dalam memacu landskap inovasi negara apabila memaklumkan kini dalam tindakan untuk membangunkan Indeks Invosi Malaysia (MII) – selaku kaedah pengukur bagi menyokong keperluan negara meingkatkan prestasi inovasi tempatan di pasaran global.
Aturan sedemikian tidak sekadar menitikberatkan peranan pihak pentadbiran, pemain industri, ekonomi dan kumpulan akademik bahkan peranan orang awam juga akan diberi penekanan untuk perkukuhkan kedudukan negara dalam indeks invoasi global (GII).
Tidak hanya membangunkan MII, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada sidang MCY 2024 hari ini turut melancarkan Gerbang Pengkomersialan iaitu platform pusat sehenti yang mengingterasikan seluruh pangkalan-pangkalan data hasil penyelidikan sedia ada yang telah dikeluarkan bakat tempatan.
Menerusi medium tersebut ia akan memudahkan dan mempercepatkan lagi operasi sekaligus meningkatkan impak ke atas aktiviti pengkomersialan kalangan agensi MOSTI.
Adanya usaha dan startegi sedemikian, ini akan menyokong visi MOSTI merealisasikan potensi sumbangan sektor sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE) kepada KDNK negara dan global sekitar RM9.21 trilion menjelang 2030.