Artikel

MAE Perkenal Ciri Keselamatan Baru – Lindungi Akaun Pengguna Daripada Perisian Hasad, Tetapan Yang Berisiko

Maybank kini sukacitanya memperkenalkan ciri keselamatan baharu pada aplikasi MAE – di mana pengenalan ciri yang akan dilaksana secara berperingkat bermula 11 Ogos lalu akan secara automatiknya mengesan perisian hasad atau tetapan yang memiliki risiko sekiranya aplikasi akaun pengguna dibuka tanpa kebenaran.

Ciri ini adalah tindak balas Maybank untuk menambahbaik tahap sekuriti akaun pengguna, dilindungi daripada transaksi yang tidak sah serta meningkatkan pengalaman perbankan yang lebih lancar.

Berikutan pelaksanaan itu, Maybank menjelaskan pihaknya tidak akan mengakses, mengumpul, memproses mahupun menyimpan sebarang maklumat peribadi pengguna daripada aplikasi di peranti pintar pengguna. Segala maklumat perbankan dan data peribadi pengguna adalah dijamin kekal sulit dan dilindungi.