Artikel

CIMB Maklum Akan Menutup 5 Lokasi Terminal Layan Diri – Mulai 19 Ogos Ini 

CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank kini memaklumkan menerusi notis bahawa bermula 19 Ogos ini, pihaknya akan menamatkan akses Terminal Layan Diri (SST) di 5 lokasi terpilih.

Antara lokasi yang terlibat adalah di Central Square (Kedah), Sunway Carnival (Pulau Pinang), Kompleks Pernas Sogo (KL), Menara Hasil Kota Kinabalu (Sabah) dan Hospital Sentosa Medical Centre (KL).

Terminal Layan Diri merujuk kepada kiosk urusan kewangan yang membolehkan pengguna meraih akses ATM dan Mesin Deposit Tunai (CDM) secara terus. Tidak memerlukan pengguna ke cawangan dan boleh laksana transaksi perbankan pada bila-bila masa.

Susulan penutupan itu, maka CIMB kini menyediakan cadangan lokasi perbankan yang terdekat bagi mengelakkan kesulitan akses urusan kewangan bersama CIMB. Ini notis cadangan tersebut;