Artikel

Kerajaan Kaji Pinda Akta 171 – Tingkatkan Denda, Hukum Individu Yang Membuang Sampah Merata

Akta 171 melibatkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 kini dimaklumkan dalam semakan untuk dipinda pentadbiran negara – di mana bertujuan meluaskan lagi denda dan hukuman ke atas kumpulan individu yang membuat kesalahan membuang sampah merata-rata. 

Semakan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini antaranya berpotensi memerlukan pesalah melaksanakan khidmat masyarakat iaitu khidmat sosial antaranya seperti menyapu di jalan, buat iklan kesedaran media sosial secara percuma – memandangkan kadar kompaun semasa tidak memberi kesan kepada segelintir kumpulan ini.

Pihak Kementerian turut telah laksana penegasan dengan tidak membenar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memberi diskaun ke atas pengenaan kompaun ke atas pesalah. Langkah itu bertujuan untuk memberi pengajaran kepada pihak yang terlibat akan kesan kesalahan yang dilakukan.

Selain isu pembuangan sampah yang masih berleluasa, pembuangan sisa puntung rokok dilihat semakin meningkat kalangan orang awam. Situasi itu secara jelas merencatkan lagi sasaran negara untuk menambahbaik kualiti persekitaran dan alam sekitar. Perkara ini tanpa sedar turut membantutkan kualiti pelancongan negara untuk tarikan negara luar.