Artikel

Jumlah Penduduk Bekerja Di Malaysia Naik – Kini 16.61 Juta Individu

Pasaran tenaga kerja di Malaysia terus memperlihatkan kepesatan apabila merekodkan penyertaan seramai 16.61 juta individu dalam sektor ekonomi tempatan setakat Jun lalu. Kenaikan ini secara jelas mencerminkan penawaran peluang pekerjaan negara terus tersedia disusuli kadar pengangguran pula kekal di paras 3.3% kepada 565,300 penganggur di pasaran.

Pada angka itu, sektor Perkhidmatan secara jelas menyumbang kepada jumlah tenaga kerja yang besar berikutan perkembangan aktiviti ekonomi dalam peruncitan, makanan, minuman, maklumat & komunikasi. Malah penawaran pekerjaan yang lebih meluas turut dicatatkan dalam sektor Pembuatan, Pembinaan, Perlombongan dan Pengkuarian serta Pertanian.

Berdasarkan taburan status jumlah tenaga kerja di Malaysia ini, sekitar 12.46 juta individu adalah kategori pekerja, diikuti 3.06 juta individu pula kategori bekerja sendiri, 489,200 individu pula kategori pekerja keluarga tanpa gaji dan 595,900 pula berstatus majikan.