Artikel

Enam GLIC Kini Komited Labur RM120 Bilion, Pada Pelaburan Domestik – Menerusi GEAR-uP

Bagi memperkasa aliran pelaburan langsung domestik (DDI) negara secara berterusan, enam syarikat pelaburan kerajaan (GLIC) kini menyatakan komitmen mereka untuk melabur secara kolektif libatkan dana RM120 bilion pada pertumbuhan negara dalam tempoh 5 tahun – menerusi GEAR-uP.

Kumpulan GLIC ini untuk makluman terdiri daripada Khazanah Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWAP), Permodalan Nasional Bhd (PNB), Lembaga Tabung Haji (TH) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Selain peruntukan sedemikian di fasa awal GEAR-uP, terdapat juga komitmen pelaburan kumpulan ke arras pasaran modal awam negara – melibatkan nilai pelaburan RM440 bilion.

Buat pengetahuan umum, komitmen ini bertujuan memacu industri yang memiliki pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) – antaranya sektor peralihan tenaga, pembuatan serta semikonduktor.

Ia juga akan merangkumi pelaburan di seluruh kitaran perniagaan seperti startup, modal teroka serta syarikat peringkat pertengahan dan akhirnya untuk menyokong penyenaraian saham syarikat-syarikat tersebut. Secara menyeluruh insentif ini akan membantu negara meneroka ekosistem ekonomi baharu dan meningkatkan lagi penyertaan GLIC dalam pembangunan negara.


Maka untuk perincian lanjut, ini peranan GLIC pada pelaburan mereka menerajui GEAR-uP;

  • Khazanah memberi tumpuan strategi pelaburan dengan meningkatkan produktiviti – merangkumi bidang seperti peralihan tenaga, pendigitalan, pembinaan kapasiti dan peningkatan kemahiran serta menerajui usaha untuk meningkatkan ketersambungan Malaysia melalui portfolio penerbangannya
  • KWAP perkasa pasaran swasta merentasi ekuiti, prasarana, dan hartanah. Di mana tumpuan pengagihan dana menerusi Dana Perintis dan Dana Pemacu – ini meliputi sektor makanan, ekonomi digital, peralihan tenaga dan pembuatan canggih
  • PNB pula melibatkan pembangunan industri dan sektor lebih moden – seperti sokongan ke atas automasi, kecelikan kewangan, sekuriti dan pertanian pintar
  • KWSP tertumpu kepada pemesatan masyarakat menua – dengan melibatkan pelaburan dan penyelesaian kesihatan bersama kerajaan negara. Usaha ini secara langsung memacu perlindungan sosial dan kesejahteraan pendapatan rakyat
  • Lembaga Tabung Haji bertindak meluaskan peranan bank Islam melalui instrumen kewangan Islam bagi memastikan kebajikan golongan miskin terus terpelihara dan meneroka lebih banyak kerjasama startegik libatkan sistem kewagan Islam
  • LTAT pula meningkatkan daya cipta nilai industri farmaseutikal dengan perluas penghasilan produk biofarmaseutikal tempatan. Tidak hanya itu jaminan kesejahteraan sosial bersama ATM turut akan membantu kumpulan veteran negara meraih peluang kerjaya baru selepas bersara