Artikel

11 Firma Malaysia Kini Tersenarai Pada ‘Forbes Asia Best Under A Billion 2024’

Landskap perniagaan tempatan kekal memaparkan potensi yang tinggi pada pasaran global, apabila 11 syarikat Malaysia telah disenaraikan pada carta 200 Forbes Asia’s Best Under A Billion atau 200 Syarikat Terbaik Asia Bawah 1 Bilion (RM4.46 bilion) bagi tahun 2024. 

Senarai ini untuk makluman mengetengahkan pengiktirafan kepada firma penyenaraian awam berskala kecil dan sederhana di Asia Pasifik. Di mana firma tempatan yang tersenarai berpotensi mengekalkan prestasi operasi mereka di samping mengukuhkan daya ketahanan tatkala berdepan tekanan global seperti inflasi serta krisis  geopolitik semasa. 

Ini 11 firma negara yang berjaya mengungguli kedudukan dalam senarai:

  • SDS Group Bhd
  • Able Global Bhd
  • Bermaz Auto Bhd
  • CCK Consolidated Holdings Bhd
  • Greatech Technology Bhd
  • Hong Leong Industries Bhd
  • Padini Holdings Bhd
  • Pentamaster Bhd, Uchi Technologies Bhd
  • Wellcall Holdings Bhd dan Yoong Onn Bhd