Artikel

Maybank Melancarkan Maybank Treats Fair – Kini Miliki 13 Juta Pemegang Kad Di Malaysia

Tahun ini secara rasminya menjadi tahun ke-20 Maybank dalam memberikan penebusan ganjaran bersama pengguna setianya- pada sambutan tersebut Maybank kini melancarkan Maybank Treats Fair bersama pelbagai acara menarik bagi menghargai kesetiaan 13 juta pemegang kad di seluruh Malaysia.

Pada perasmian hari ini, Maybank memaklumkan pihaknya telah mencapai pertumbuhan yang membrangsangkan apabila melonjak 30% pada sesi urus-niaga pasaran. Dinamik ini dapat diperlihat apabila Maybank telah meraih untung RM2.49 bilion bagi 3 bulan pertama 2024. 

Lonjakan prestasi hampir 10% hanya pada 3 bulan pertama tahun ini secara jelas menunjukkan komitment pengguna Maybank terus meningkat secara berkala. 

Menerusi prestasi itu, Maybank optimis untuk terus mengukuhkan jejak mereka bersama pengguna dengan memacu sokongan digital dalam perbankan pasaran Malaysia. 

Secara menyeluruh, bagi pengguna yang ingin mengetahui lanjut akan akses dan ganjaran bersama Maybank. Pengguna boleh kunjungi Maybank Treats Fair di MidValley Exhibition Center bermula hari ini 8 Ogos sehingga 11 Ogos untuk perincian seterusnya.