Menyedari berlakunya penurunan harga pasaran dunia minyak, untuk minggu baharu kini dimaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung dikurangkan 5 sen seliter untuk kemudahan pengguna negara.
Langkah ini menurut notis Kementerian Kewangan (MOF) pengurangan harga tersebut akan berkuat kuasa mulai 8 Ogos sehingga 14 Ogos 2024.
Ia bermakna harga runcit diesel di Semenanjung adalah sekitar RM3.30 seliter, dikuti harga diesel Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal RM2.15 seliter. Sementara RON97 pula di paras RM3.47 seliter, diikuti RON95 RM2.05 seliter.
Menerusi perubahan itu, pentadbiran akan terus memantau pelarasan harga minyak mengikut pasaran dunia. Adanya penetapan langkah bersesuaian ini akan membantu kebajikan rakyat negara akan tekanan kos semasa.
