Berikutan penamatan tugas Datuk Seri Mohd Zuki Ali pada 10 Ogos lalu, kini pentadbiran mengumumkan Dato’ Sri Shamsul Azri Abu Bakar selaku Ketua Setiausaha baharu kepada kerajaan – berkuat kuasa bermula 12 Ogos ini di Jabatan Perdana Menteri.
Pelantikan ini buat pengetahuan umum telahpun dipersetujui Yang di-Pertuan Agong Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmood Iskandar dan pemilihan beliau telah didasari berasaskan latarbelakangnya dalam pimpinan pentadbiran negara.
Buat pengetahuan umum, beliau memiliki pendidikan ijazah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari University of Tulsa Oklahoma, AS dan selanjutnya telah berkhidmat selama 30 tahun pada pentadbiran awam.
Sebelum ini beliau juga pernah berkhidmat di bawah Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Pentadbiran Kerajaan Negeri.