Artikel

Firma Teknologi Asing Kuasai Sehingga 90% Pendapatan Iklan Digital Di Malaysia – Tinjauan

Syarikat teknologi seperti Google dan Meta kini dilihat telah menguasai sehingga 90% daripada pendapatan iklan digital di Malaysia. Aturan ini sekaligus memberi kesan ketara ke atas kewangan saluran media tradisional.

Kawalan monopoli ini menurut TA Securities Research secara langsung turut menganggu model perniagaan media tradisional. Di mana menimbulkan cabaran buat kumpulan media mengekalkan aliran pendapatan iklan dan langganan mereka.

Tambahan kekangan kerangka peraturan dalam pasaran untuk meningkatkan lagi cabaran, yang membolehkan firma besar kuasai perolehan dengan kelonggaran pemantauan. Antara pemain yang kini berdepan isu tersebut, adalah Media Prima berikutan terdapat persaingan sengit bersama firma teknologi asing.

Selain tekanan tersebut, perbelanjaan iklan yang lebih perlahan bersama media tradisional juga dilihat turut merencatkan lagi sasaran pertumbuhan pengiklanan pasaran tempatan. Menurut Hong Leong Investment Bank – perbelanjaan iklan (adex) medium akhbar merosot 4% sementara televisyen siaran percuma (FTA) pula kekal perkembagan 13%.

Tambahan kesan krisis geopolitik seperti yang berlaku di Timur Tengah turut berpotensi memperlahankan lagi permintaan perbelanjaan iklan tersebut ke atas pasaran media tradisional negara.