Selain TNG eWallet, Merchantrade Asia kini turut menjadi antara pemain digital kewangan meraih kelulusan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKS) – bagi menyediakan instrumen pembayaran gaji buat pekerja asing.
Menerusi kelulusan tersebut, ia secara langsung telah meluaskan lagi akses Merchantrade kepada pengguna dan ini akan menangani isu kritikal khususnya kalangan pekerja rencam dan pekerja asing yang tidak memiliki akaun bank.
Selain akses kiriman wang dan perolehan gaji, menerusi Merchantrade juga pengguna boleh memanfaatkan akses dompet digital bersama kad prabayar perniagaan yang disedia khas buat kumpulan PKS negara.
Pada akses sedemikian, para pekerja turut boleh laksana petukaran asing secara terus dengan akses 20 mata wang asing bersama kadar tetap bagi langkah pembayaran antarabangsa.