Artikel

CUEPACS Gesa KKM Teliti Isu Kekurangan Petugas Kesihatan, Penetapan Cuti Bersalin 60 Hari

Kekangan jumlah petugas kesihatan bukanlah suatu isu yang baru dalam sektor kesihatan negara – namun disebabkan permasalahan ini, secara tidak langsung telah mengehadkan hak pekerja semasa, antara penetapan cuti bersalin hanya 60 hari sahaja. Tindakan tersebut secara langsung telah menafikan hak pekerja awam.

Rentetan isu tersebut – Cuepacs, Kongres Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam kini menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) menyelesaikan isu tersebut agar tidak menjejaskan keperluan perkhidmatan bersama pengguna awam.

Meskipun aturan 60 hari itu tidak menyalahi undang-undang namun tindakan mewajibkan aturan itu telah merencatkan hak kebajikan pekerja awam terbabit.

Buat pengetahuan umum penawaran cuti bersalin di bawah Pekeliling Perkhidmatan Awam adalah memperincikan cuti bersalin 60 hari sehingga 90 hari. Sekiranya petugas awam memerlukan cuti tambahan, kumpulan pekerja boleh memanfaatkan Cuti Rehat dan menggunakan Cuti Menjaga Anak (CMA) setelah tempoh cuti bersalin berakhir.