Pada jam 8 pagi hari ini, nilai Ringgit terus memaparkan pengukuhan kepada 4.4200/43000 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.4240/4305. Pengukuhan ini menurut analisis Bank Mualamat didorong prospek penurunan kadar faedah AS yang semakin ketara.
Peningkatan ini juga dilihat terus konsisten apabila berdasarkan dapatan semasa, tahun ini Ringgit mencatatkan kenaikan 4.1% berbanding dolar AS. Menuerusi pengukuhan itu, ini sekaligus memperlihatkan Ringgit naik selama 12 hari berturut-turut.
Tidak hanya itu kedudukan mata wang negara turut melonjak berbanding mata wang serantau yang lain – di mana naik 10.5% berbanding Won-Korea Selatan, 9.5% berbanding Rupiah-Indonesia, 8.6% berbanding Peso-Filipina, 7.8% berbanding Baht-Thailand dan 4.4% berbanding Dolar-Singapura.
Selanjutnya analisis Penyelidiakan Pelaburan UOB juga turut optimis Ringgit akan dibuka lebih tinggi berikutan peralihan pelaburan pelabur ke pasaran saham Asia. Situasi ini berpotensi didorong kesan sentimen pelabur yang lebih positif selepas Indeks Pengurus Pembeli (PMI) memaklumkan potensi kemelesetan ekonomi AS adalah lebih rendah.
Melihat pada jangkaan itu, situasi sedemikian berupaya memberi kelebihan kepada Ringgit – yang mana menurut CIMB Investment, ia berupaya meningkat di bawah paras 4.30 berbanding 1 dolar AS susulan sokongan pemulan eksport dan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia pada tahun ini.