Selain memacu pertumbuhan negara bersama sokongan teknologi, faktor asas melibatkan tekanan kos wajar terus diberi tumpuan oleh pentadbiran negara. Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika himpunan bulanan MOF – ia antara intipati yang akan terus dipulihkan oleh negara menerusi Belanjawan 2025.
Kebimbangan rakyat adalah relevan berikutan peningkatan kos berupaya menjejaskan kuasa perbelanjaan mereka pada aktiviti ekonomi negara. Selain tekanan kos, isu berkaitan kartel dan monopoli serta punca kenaikan kos juga wajar diteliti negara untuk kepentingan pasaran.
Adanya pemahaman pada isu ini ia sekaligus akan membantu negara mengatasi permasalahan ketirisan, rasuah serta penyeludupan yang berlaku di dalam negara.
Meskipun mengakui terdapat beberapa barang keperluan telahpun ditetapkan harga siling dan diagihkan secara bersasar seperti diesel, gula dan tepung namun masih terdapat tekanan kos lain yang membebani rakyat Malaysia.
Pada langkah itu, beberapa aturan perlu diteliti Kementerian Kewangan (MOF) bersama kementerian lain untuk diperhalusi dan dibentangkan penyelesaiannya pada persidangan bajet kelak.