Artikel

Berjaya Food International Ambil-Alih Perniagaan Starbucks – Di Iceland, Denmark Dan Finland

Sebagai langkah mengukuhkan perkembangan operasi, Berjaya Food International (BFI) di bawah naungan Berjaya Food Bhd (BFood) kini telah diberi hak untuk mengembangkan pertumbuhan di pasaran Nordik.

Menerusi aturan itu, pihaknya mengumumkan pengambilalihan perniagaan Starbucks di tiga buah negara iaitu – Iceland, Denmark dan Finland. Adanya kemasukan ini, ia secara langsung menjadikan BFI syarikat F&B tersenarai awam Malaysia yang pertama memasuki perniagaan kopi di rantau Nordik.

Lebih menarik, pada perkembangan itu juga terdapat potensi kumpulan untuk akan meneroka kepelbagaian inovasi produk bersama landskap kopi pasaran Nordik.